SubhanAllah Alhamdulillah AllahuAkbar
Saya pasti, hati semua orang yang sangat menantikan tarikh 24 Jun 2012 sangat berbunga-bunga dan tidak lepas dari mengucapkan rasa Syukur pada Allah.
Rata-rata berdebar menanti pukul 3 petang semalam kerana SPR Mesir akan membuat pengumuman tentang Presiden Mesir yang baru. Heh, tapi biasa lah, lambat sedikit SPR mula bersidang. Termasuk lah saya duduk menunggu depan laptop, tengok Al-Jazeera yang menyediakan siaran langsung pengumuman. Apabila Ketua SPR itu berucap panjang, ramai yang sudah resah gelisah. Yang di Tahrir apatah lagi kan? Tak henti-henti berzikir dan berdoa supaya Dr Morsi memenangi pilihan raya presiden ini.
Sebelum ini, ada dengar ura-ura Dr Morsi akan menang, tapi masih tiada keputusan rasmi. Pada awalnya kata SPR, keputusan akan diumumkan pada hari Khamis. kemudian ditangguh ke hari Sabtu pukul 6 petang, tetapi ditangguh lagi ke hari Ahad, jam 1500 (waktu Mesir). Dalam tempoh tersebut, puak Syafik cakap mereka yang memenangi pilihanraya ini. Macam-macam konspirasi jahat mereka boleh lakukan. Tak boleh jangka Mesir ini!
Bilangan manusia yang berkumpul di Tahrir tidak berkurang walaupun suhu mencapai 38-40 celcius. Saya kagum dengan Ruh orang Mesir ini. Mereka tak putus asa. Saya yang duduk di rumah sahaja ni pun, kepanasan sangat, tak senang duduk walaupun ada kipas (oh, lembiknya)
Semalam ada tetamu yang terbang dari jauh, UK. semalam jugak hari main masak-masak sepanjang hari. hehe. Tetamu pulang dalam lepas Asar, 1530 macam tu lebih kurang. Selepas mereka pulang, terus buka laptop, tengok Al-Jazeera. Berdebar.
Lebih dari pukul 4 petang, baru keputusan diumumkan, Alhamdulillah AllahuAkbar, Dr Morsi menang!! Satu dunia yang mengharapkan kemenangan ini, bersyukur, terus penuh feeds di Facebook saya berita tentang kemenangan ini.
Siapa yang tidak gembira? Siapa?
Kalau ditanyakan siapa yang lebih layak untuk menjadi pemimpin yang hatinya penuh dengan Al-Quran, dan hidupnya hanya untuk Allah dan Rasul, siapa lagi yang layak kalau bukan Dr Morsi? Allahu Allah
Moga Allah santuni perjalanan hidup Dr Morsi dalam memimpin umat Islam, bukan hanya di Mesir, tetapi satu dunia.
Selepas solat asar semalam, saya keluar rumah sebentar, sudah berjanji dengan adik-adik, sepanjang perjalanan, berpeluang tengok reaksi rakyat Mesir,
Kedengaran bunyi mercun tak putus-putus macam raya. ngeh2
Bunyi hon, sorakan lagu Dr Morsi (ala-ala bola tu) pun sama.
Ada seorang makcik tu, muka emo semacam je, cakap dengan pemuda-pemuda depan kedai Ammu Ramadhan. Tak tahu lah apa yang makcik tu bebelkan. tak dapat tangkap sangat.
Kemudian, berjalan lagi, dengar dengar juga, seorang ini bertanya kepada pakcik ini, ' nak pergi Tahrir ke malam nanti?'
Saya senyum =)
Dalam perjalanan pulang juga, ada seorang kanak-kanak bertanya kepada seorang pakcik, "pergi Tahrir malam nanti?"
Saya pandang belakang, tengok pakcik dan kanak-kanak itu. *senyum lagi*
Saya terfikir, kanak-kanak sini sangat matang kerana mereka faham apa yang ayah ibu, datuk nenek mereka mahukan dari dahulu lagi.
Pernah sekali tu, saya dengan seorang kawan ni, bersembang dengan seorang kanak-kanak dalam umur 9-10 tahun. Apabila ditanya,
"Kamu sokong siapa"
"Dr.Morsi."
"Kenapa?"
"Sebab dia Muslim"
"Tapi Syafik pun Muslim jugak"
"Dr.Morsi Muslim yang sangat-sangat baik"
Cuba tanya budak-budak umur 9-10 tahun kat Malaysia, apa yang mereka tahu? >.<
Alhamdulillah, syukur, sebab Allah adakan saya di tempat ini (Mesir) pada masa ini. Saya berada dalam sejarah dunia 2 kali (sekali semasa Mubarak turun@Revolusi, kali kedua semasa Dr Morsi dipilih menjadi presiden yang julung kalinya dipilih sepenuhnya oleh rakyat)
Nanti boleh cakap kat anak cucu. cewah =p
Alhamdulillah SubhanAllah AllahuAkbar!
Ini adalah permulaan perjuangan. Kita kena kerja keras lagi ikhwah akhawat!
Apa lagi bukti yang nak menunjukkan saya tak sayangkan Mesir setelah 5 tahun di sini dan berbaki 1 tahun setengah insyaAllah?
p/s: Rasa eager sangat nak tulis entry tentang ini, nak bagi kenangan akan datang :)
p/s 2: Masih berbaki satu subjek lagi (Paediatrics) dan menghitung hari nak baliikk! ^_^